Putrajaya Well-Planned City

Peranan Dan Penglibatan Corporate Social Responsibility (CSR)

5 July 2011 | Share this on Google Plus

Ucapan Perasmian YBhg. Dato' Hj. Ahmad PhesaL Bin Hj. Talib Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Forum Local Agenda 21 (LA 21) Putrajaya Bertajuk “Peranan Dan Penglibatan Corporate Social Responsibility (CSR) ” Dalam Menyokong Pelaksanaan Local Agenda 21 Putrajaya 5 Julai 2011, Hotel Putrajaya Shangri-La

?YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman,

Presiden Perbadanan Putrajaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA 21) Putrajaya

Yang Berusaha,

Tuan Haji Omairi bin Hashim

Pengarah Perancangan Bandar

merangkap Setiausaha Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 (LA 21) Putrajaya

Mr. CV Healy

Pengurus Besar, Hotel Putrajaya Shangri-La, 

Pegawai-pegawai kanan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Pegawai-pegawai Kanan Perbadanan Putrajaya

Wakil-wakil Kementerian dan Jabatan Kerajaan,

Wakil-wakil syarikat swasta daripada kalangan Pengerusi, 

Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan Pengurusan Kanan.

Rakan-rakan Kongsi LA 21 Putrajaya yang terdiri daripada Wakil-wakil  Persatuan  Penduduk  dan wakil  badan bukan kerajaan (NGO),Dan seterusnya rakan-rakan media yang dihormati sekalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. Terima kasih kepda Perbadanan Putrajaya  kerana menjemput saya untuk merasmikan forum yang penting ini.  Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyokong penuh program LA 21 untuk ditingkatkan ke satu tahap sehingga ianya menjadi satu norma perkongsian di antara komuniti tempatan, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta di dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Putrajaya. 

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’/ Datin-Datin / Tuan-tuan dan Puanpuan sekelian,

2. Pemerhatian global  kepada isu-isu pemeliharaan alamsekitar telah menjadi  keutamaan dalam menjamin kesejahteraan perbandaran bagi dekad ini.  

3. Sumbangan  serta penglibatan  Corporate Social Responsibility (CSR) dalam inisiatif  pemeliharaan alam sekitar,  serta  menyumbang kepada  program-program kesejahteraan komuniti  seperti kempen “green living’, amalan kitar semula, amalan gaya hidup sihat komuniti dan pelbagai program komuniti lain,  merupakan normanorma  dan amalan yang baik  yang  telah dipraktiskan secara meluas oleh syarikat syarikat perniagaan dan konglomerat dalam memenuhi etika dunia perniagaan di Malaysia dan juga di luar negara. 

4. Boleh dikatakan semua pihak  berkuasa tempatan di Malaysia telah  menggalakkan konsep pembangunan mampan yang menitikberatkan pertumbuhan ekonomi perbandaran yang pesat di samping mengambilkira kepentingan komuniti setempat dan pemeliharaan alam sekitar. 

5. Dalam masa yang sama juga Kerajaan juga secara konsisten telah menggalakkan sektor korporat dan syarikat syarikat perniagaan untuk mengamalkan ”good corporate citizenship” yang melibatkan aspek CSR khususnya dalam membantu untuk meningkatkan kualiti hidup,  menangani isu-isu pencemaran alam sekitar, pengurusan guna tanah secara bersepadu dengan kesimbangan ekologi perbandaran. Semua usaha ini sebenarnya menyumbang ke arah usaha Malaysia ke arah menyahut pelaksanaan Agenda 21, yakni persepakatan yang telah dipersetujui oleh kebanyakan negara dalam  United Nations bagi mencapai pembangunan mampan  yakni ’sustainable development’.

6. Boleh saya katakan sehingga ke hari ini , kita boleh berbangga kerana negara kita Malaysia telah pun menunjukkan kemajuan yang menggalakkan dalam inisiatif ke arah pembangunan mampan ini.  Gabungan usaha antara sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO’s) yang telah berganding bahu bekerjasama menjayakan program-program kesedaran alam sekitar telah meluas di seluruh negara.  Malah di -Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, kempen-kempen kesedaran alam sekitar dan kempen tanaman pokok serta pengindahan kawasan merupakan program yang lazim dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama sektor swasta dan juga NGO.  

Y.Bhg. Tan Sri/ Dato’-Dato’/ Datin-Datin / Tuan-tuan dan Puanpuan sekelian,

7. Dalam merealisasikan Agenda 21 yang dipersetujui semasa Deklarasi Rio De Janeiro  , Brazil 1992,  semua pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia termasuk Malaysia telah pun melaksanakan Local Agenda 21.    

Local Agenda 21 bertujuan untuk melaksanakan pembangunan mampan di peringkat tempatan. Begitu juga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, di mana semua agensi pihak berkuasa tempatan di bawah Kementerian ini telah pun melaksanakan Local Agenda 21.  

8. Pelaksanaan Local Agenda 21 adalah  konsep yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), komuniti, dan sektor swasta.  Sokongan  sektor swasta memang salah satu elemen penting dalam menjayakan pelaksanaan LA 21.  Konsep LA 21 ini boleh dijayakan lagi  dengan adanya penglibatan sektor korporat dan swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sidang Hadirin di Hormati Sekelian,

9. Dalam merealisasikan Putrajaya sebagai sebagai bandar contoh, semestinya semua prinsip prinsip pembangunan mampan termasuk usaha pemeliharaan alam sekitar dan cabaran menjadikan Putrajaya Bandar Teknologi Hijau dapat menjana kualiti hidup bandar yang lebih baik.  Program-program pemeliharaan alam sekitar, dan program-program kesejahteraan komuniti menerusi konsep LA 21 Putrajaya boleh dicorakkan selaras dengan Visi dan Misi  Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.  Dalam hal ini penglibatan komuniti setempat dan sokongan padu dari sektor korporat dan swasta serta NGO’s  diharapkan dapat menjayakan lagi pelaksanaan LA 21 Putrajaya .

10. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua wakil sektor korporat dan swasta yang hadir hari iniuntuk mengambil peluang daripada penganjuran forum ini untuk terlibat sama menjayakan program-program LA 21 Putrajaya  menerusi tanggung jawab sosial korporat (CSR) masing-masing. Saya amat berharap selepas forum ini semua  ”CSR leaders”  dapat menyokong semua program-program Local Agenda 21 Putrajaya  samada program yang menyokong pemeliharaan alam sekitar, program ”green living’, kempen kitar semula dan lain-lain ”community-based program” di Putrajaya ini.  

11. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada  pihak  Perbadanan Putrajaya  di atas usaha menjayakan penganjuran forum ini.

12. Akhir kata,   Dengan lafaz  Bismillahirahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Forum “Peranan Dan Penglibatan Corporate Social Responsibility (CSR) Dalam Menyokong Pelaksanaan Local Agenda 21 Putrajaya.

13. Semoga segala usaha kita ini dipermudahkan dan diberkati Allah Taala.

Sekian,  Wabilliahitaufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum w.b.t.